Tajuk Buku : MAP (Memory Advancing Procedure) For Students
Penulis : Lim Teck Hoe dan Tengku Faizwa Tengku Razif
Penerbit : The Switch Sdn. Bhd.Pengulas : Muhammad Azli Shukri
Kita mungkin biasa mengalami situasi tidak dapat mengingati barang yang baru beberapa saat diletakkan. Puas mencari di seluruh rumah, akhirnya barang yang dicari berada di hadapan mata. Ada juga yang tidak dapat mengingati tempat kenderaan diletakkan semasa keluar membeli-belah sehingga terpaksa turun naik anak tangga beberapa kali, gara-gara tidak berjumpa kereta yang dicari. Alasan biasa diberikan bagi kedua-dua kejadian tersebut ialah lupa. Pada masa itu, barulah kita terfikir alangkah baiknya sekiranya mempunyai ingatan yang kuat.
“Memang jadi kelaziman manusia hanya merasakan pentingnya ingatan apabila mereka lupa. Mereka ‘ingat apabila lupa’, ujar pemenang pingat perak Kejohanan Memori Sedunia 2002, Lim Teck Hoe, yang merupakan penulis buku Memory Advancing Procedure (MAP), buku yang mengajar cara memperbaiki daya pemikiran, di samping menyerlahkan kecekapan dan peningkatan keupayaan memori.
Beliau berkata, manusia sebenarnya kurang menghargai keupayaan menginat yang dimiliki, malah kadangkala memandang rendah kemampuan melakukan perkara paling mudah seperti mengingati senarai barang dapur yang ingin dibeli atau tarikh penting dalam kehidupan mereka.
“Kita lupa kerana kita ‘mengarahkan’ otak supaya memadamkan data daripada kotak ingatan. Kita juga jarang-jarang memberikan tumpuan atau mengambil mudah perkara kecil, seperti tempat barang diletak kerana otak sudah memikirkan perkara lain untuk dibuat. Jadi, apabila mahu mencari semula barang itu, kita lupa lokasinya kerana data sudah dipadamkan oleh otak,” ujarnya.
Masalah ingatan juga tidak ada kaitan dengan umur sebagaimana anggapan kebanyakan individu, sebaliknya setiap orang tanpa mengira peringkat umur sebenarnya mempunyai potensi untuk memiliki ingatan yang baik. Katanya, kemahiran mengingati perkara yang dibaca dan dilihat sebenarnya dapat dipelajari menerusi teknik daya ingatan yang betul dan latihan berterusan.
Bertitik tolak daripada itu, Lim Teck Hoe bersama-sama teman rapatnya, Tengku Faizwa Tengku Razif memperkenalkan kaedah dan teknik untuk mengingati sesuatu dengan cepat, tepat dan mudah. Melalui buku MAP, Faizwa dan Teck Hoemembuktikan bahawa proses mengingati adalah kemahiran yang dapat dipelajari dan dikuasai sekiranya kena caranya. Malah, teknik daya ingatan yang betul mampu membantu sesorang menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna dan berkualiti tidak kira sama ada pelajar, suri rumah, pekerja pjabat dan sebagainya.
“Kemahiran mengingat adalah gabungan penggunaan otakkiri dan kanan. Otak kiri lazimnya berfungsi mengingat tulisan, bacaan dan nombor, manakala otak kanan berkaitan dengan warna, imej, kreativiti dan gambaran. Namun demikian, kita lebih menggunakan otak kiri, malah pendidikan formal di Negara ini juga lebih mementingkan penggunaan otakkiri walaupun sebenarnya lebih mudah untuk dilupakan,” ujar Teck Hoe.
Oleh sebab itu, salah satu teknik bagi meningkatkan daya ingatan adalah dengan meperbanyakkan penggunaan otak kanan, iaitu menukar maklumat yang dibaca atau dilihat oleh sesorang itu kepada bentuk imej atau gambar.
Teck Hoe memberikan contoh dengan mengingati 20 senarai barang barang dapur yang dibacanya dengan memindahkan setiap senarai itu menjadi gambaran anggota badan mengikut turutan dari atas ke bawah, seperti kepala mewakili beras, hidung mewakili gula dan sebagainya.
Melalui teknik ini, menukar apa-apa yang dibaca (penggunaan otak kiri) menjadi bentuk imej atau gambaran (penggunaan otak kanan). Apabila ingin mengingatinya semula, gambar itu disalurkan semula oleh otak sebelah kanan. Namun demikian, hal ini hanya mampu dilakukan dengan latihan dan bimbingan yang berterusan.
Lantaran itu, tidak menghairankan apabila mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, turut mendapatkan khidmat daripada Teck Hoe dan Faizwa dalam usaha memantapkan ingatan mereka. Menurut Mahathir, buku ini berlainan kerana penulisnya berusaha menyesuaikan teknik dan kaedah MAP dalam kokurikulum sekolah, supaya semua pelajar mampu mengaplikasikan teknik itu dengan mudah dan berkesan.
Sumber : Dewan Siswa Oktober 2008