Tajuk Buku : Permata di Rumput Gilang-Sastera Sebagai Ruang Bangsa
Penulis : Muhammad Haji Salleh
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Pengulas : Hassan Alias
Usaha Muhammad Haji Salleh menggali permata yang terpendam dan cahaya yang menyinar dalam karya sastera Melayu seperti tiada kesudahannya. Beliau merantau dari benua ke benua;mengunjungi perpustakaandan muzium hingga ke Eropah untuk membuat kajian, beliau mengakui bahawa karya sastera Melayu tidak lebih rendah jika dibandingkan dengan karya Eropah, malah mencapai tahap luar biasa.
Beliau mengagumi karya epik seperti sulalat al-Salatin yang apabila dibaca membibitkan pengalaman agung sebagaimana beliau membaca karya Shakespeare, Geothe dan Ramayana. Sulalat al-Salatin memberi kepuasan dari sudut epistemologi, estetik, moral dan politik.
Buku terbaharu Muhammad Haji Salleh ini bukan setakat menyorot Sulalat al-Salatin, malah turut menyorot beberapa karya besar yang lain seperti Hikayat Hang Tuah, puisi Al-Amin karya A. Samad Said, karya Ahmad Rashid Talu, dan pantun. Beliau juga menyentuh genre kritikan sastera abad ke-21 dan Pulau Pinang sebagai pusat ilmu dan perkembangan intelektual.
Buku ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu “Dari Genius Silam” (Bahagian 1), “Puisi Sebagai Ruang Bangsa” (Bahagian 2), “Pada Bendul Perubahan” (Bahagian 3) dan “Mencari Teori dan Diri” (Bahagian 4).
Penulis memulakan Bahagian 1 dengan esei “Sulalat al-Salatin:Adikarya Akal Budi Melayu.” Penulis memperlihatkan betapa besar jumlah karya ini yang dapat ditemukan hingga ke Jakarta, London, St. Petersberg, Leiden dan Manchester. Hikayat ini diminati dan dikaji oleh orang England, Perncis, Belanda, Jerman dan China.
Dalam bahagian ini juga terdapat esei yang memperkatakan tentang Hang Tuah, iaitu “Hang Tuah dalam Jiwa Bangsa yang Retak” dan “Bertemasya dalam Ruang Wira:Hang Tuah Merungkai Sempadan”. Penulis menyimpulkan bahawa Hikayat Hang Tuah merupakan naratif bertaraf epos yang dililit rapi pada ruang struktur, arkitektur dan skluptur.
Dalam Bahagian 2 juga terdapat beberapa esei. Antaranya “Al-Amin A. Samad Said:Naratif Baru Puisi Malaysia”.Penulis mengakui bahawa baris dan bait yang diungkap oleh A. Samad Said dalam Al-Amin amat menarik dan tidak membosankan. Penceritaan diwarna-warnikan dan didramatikkan.
Melalui esei”Meragui Bapa:Sastera Melayu dan Trauma Bangsa” (Bahagian 3), penulis tidak bersetuju apabila Abdullah Munsyi diangkat sebagai “Bapa Saster Melayu Moden”. Hal ini demikian kerana rangka penulisan Abdullah Munsyi dipinjam atau dipengaruhi Inggeris. Sudut pandangan dan kritikan Abdullah Munsyi juga berjejak pada ukuran etika yang lebih dekat kepada Inggeris dan bukan Melayu.
Dalam esei “Mentakrif Ruang Kritikan Abad Ke-21”, penulis mencadangkan kepada pengkritik supaya mengesahkan kembali tempat dan kepentingan sastera dalam dunia yang semakin tinggi teknologi dan industrinya ini. Pengkritik juga harus menunjuk jalan kepada kekuatan sastera bangsanya dan membantu pengarang melihat tempat mereka dalam masyarakat yang sudah berubah.
Buku ini wajar dimiliki peminat kesusasteraan lama dan moden kerana di dalamnya terpancar kegigihan, ketelitian dan keintelektualan penulis dalam menyelongkar khazanah bangsa yang sangat berharga itu.
Sumber : Dewan Sastera Oktober 2008