The Economics of Global Turbulence
Tajuk Buku : The Economics of Global Turbulence:The Advanced Capitalist Economies from Long Boom to Long Downturn, 1945-2005
Penulis : Robert Brenner
Pengulas : Zulkifli Salleh
Sejak kemenangan Reaganisme-Thatcherisme pada tahun 1980-an, modal kian memperkukuh penguasaannya, khususnya di Amerika Syarikat. Kadar pertumbuhan upah ditekan secara berkesan. Aliran global modal menjelajah dunia mencari kawasan yang paling menguntungkan. Program penstabilan yang kejam daripada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) diterima sebagai benar.
Pada akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an, pemerintah rejim di bekas Kesatuan Soviet dan Eropah Timur telah runtuh, dan China mengambil jalan kapitalis. Berakhirnya Perang Dingin menandakan kemenangan kapitalisme, disifatkan oleh Joseph E. Stiglitz sebagai membuka peluang baharu dan meruntuhkan kekangan lama.
Namun demikian, seperti yang ditegaskan oleh Robert Brenner dalam The Economics of Global Turbulence:The Advanced Capitalist Economies from Long Boom to Long Downturn, 1945-2005, perjalanannya tidak licin bagi ekonomi kapitalis dunia. Masih wujud kolerasi yang kukuh antara takat modal menentukannya arahnya dengan takat prestasi kitaran demi kitaran sejak tahun 1960-an.
Pada tahun 1960-an ketika gerakan buruh terlampau kuat, Negara kebajikan mengembung dan peraturan kerajaan yang terlampau berada pada kemuncak yang terlampau berada pada kemuncak pengaruh, maka deburan (boom) mencapai puncak dalam sejarah. Sejak itu, kerana “ubat” neoklasik digunakan dengan banyak, maka ekonomi mengalami prestasi kurang baik. Tahun 1970-an lebih teruk daripada tahun 1960-an, tahun 1980-an lebih teruk daripada tahun 1970-an dan tahun 1990-an lebih teruk daripada tahun 1980-an.
Untuk sekian lama, ahli teori sebelah penawaran (supply-side) menentukan punca genangan secular dalam krisis produktiviti yang menurut mereka berpunca daripada kaum pekerja yang malas dan suka menentang. Namun begitu, apabila kemerosotan ini berterusan hingga tahun 1990-an dan sedikit tanda untuk meningkat, ahli ekonomi ortodoks ini terpaksa mengakui bahawa dengan kuasa buruh yang sangat lemah sejak dua dekad lalu, sedangkan ekonomi lebih ketara adalah semata-mata kerana potensi teknologinya telah habis.
Brenner mempersoalkan hujah sebelah penawaran dalam menjelaskan kemerosotan ekonomi dunia. Oleh sebab ahli teori sebelah penawaran menjelaskan kemerosotan ekonomi dunia. Oleh sebab ahli teori sebelah penawaran menjelaskan kemerosotan yang berpanjangan dari segi operasi institusi dan impak dasar,maka mereka wajib menjelaskannya dalam istilah khusus dari segi sejarah dan nasional.
Tegas beliau lagi, tesis sebelah penawaran menghadapi kesukaran konseptual; pertama, berkait dengan isu asal usul atau permulaan iaitu adakah proses pengumpulan modal yang dilanjutkan mendorong kepada guna tenaga penuh boleh dijangka menurunkan keuntungan.
Kedua, isu berkait dengan daya ketahanan dan bukan penyelarasan; malahan dan bukan andaian bahawa guna tenaga penuh menyebabkan pertumbuhan upah upah melebihi pertumbuhan produktiviti, bolehkah kesan kejatuhan keuntungan dijangkakan berterusan, dan oleh itu, membawa kepada kemerosotan ekonomi yang dilanjutkan dari segi batas waktu.
Dalam buku ini, Robert Brenner, Profesor Sejarah dan Pengarah Pusat Teori Sosial dan Sejarah Bandingan di UCLA, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa kemerosotan yang jelas dalam prestasi ekonomi kapitalis maju sepanjang suku abad lalu berbanding dengan suku abad pertama pascaperang, terbukti dengan sendirinya. Kadar purata pertumbuhan output, stok modal (pelaburan), produktiviti buruh dan upah benar di Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan ekonomi G-7, untuk tahun 1973 hingga kini ialah satu per tiga hingga separuh berbanding dengan tahun 1950-1973, manakala kadar pengangguran lebih sekali ganda.
Krisi minyak tahun 1974-1975 bukannya punca pasal kesukaran ekonomi, sebaliknya krisi itu hanya memperburuk keadaan lagi. Dunia kapitalis maju terheret ke dalam krisi jelas sebelum akhir tahun 1973 dengan mengalami kejatuhan untung, khususnya dalam perkilangan dan pembuatan dan peningkatan kadar inflasi. Hujah Brenner, ”kemerosotan kadar untung yang berpanjangan dalam sektor perkilangan atau pembuatan antarabangsa yang berpunca daripada kapisiti berlebihan dan pengeluaran berlebihan yang berterusan.”
Sebagaimana bukunya, The Boom and The Bubble:The US in The World Economy yang dianggap sebagai sejarah kewangan yang paling bagus, dalam The Economics of Global Turbulence, Robert Brenner menyatukan kekuatannya sebagai ahli ekonomi dan ahli sejarah.
Tidak ada lagi ngauman kejayaan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1990-an. Kini, dunia menghadapi kenaikan harga minyak yang sewenang-wenang, krisis makanan, peningkatan kadar inflasi dan pasaran saham yang merudum. Tatkala dunia menghadapi situasi yang menakutkan, Robert Brenner mengemukakan suatu perjalanan sejarah mengapa berlakunya deburan dan kemerosotan ekonomi dunia sejak pascaperang.
Sumber : Dewan Ekonomi Oktober 2008.